Nama : NUR QALISHA BINTI MOHAMAD SHAFEEIN

Umur   :11 TAHUN

Ahli     : JULAI  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Qalisha merupakan pelajar tahun 5, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Qalisha mula menjadi ahli Pusat Internet selepas sebulan Pusat Internet mula beroperasi iaitu pada bulan Julai 2018. Beliau juga banyak mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet dan merupakan antara pengunjung yang aktif datang ke pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Qalisha tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer dan juga tidak dapat menguasai penggunaan ICT dengan baik. Beliau kurang yakin untuk menggunakan komputer yang disediakan di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa kali datang ke Pusat Internet dan mengikuti kelas  asas komputer dan sebagainya, Qalisha semakin mahir dan yakin untuk menggunakan komputer malah pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Qalisha kini mula mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya termasuklah menguasai kemahiran menaip,mengedit gambar dan banyak lagi

Nama :  NOR AIDA BINTI ADAM

Umur   : 41 TAHUN

Ahli     : JANUARI 2020

 

Latar belakang

Anak jati Kg Serian Batu 11 ini merupakan ibu kepada tiga orang anak. Beliau membuat kerja-kerja sambilan dengan bercucuk tanam dan mula menceburkan diri dalam perniagaan atas talian pada tahun 2017. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada Januari tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau tidk mahir atau tiada kebolehan dalam menggunakan komputer dan aplikasi perbankan atas talian adalah sangat lemah. Selain itu, barang jualan beliau hanya dipasarkan kepada penduduk setempat sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau muls mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasan beliau berkenaan teknologi maklumat semakkin bertambah hari demi hari. Beliau juga turut menyertai kelas secara atas talian yang telah dianjurkan  oleh pihak luar.

 

NAMA   : MUHAMMAD IMANWI ISKANDAR BIN MAHUSSIN

UMUR  : 13 TAHUN

AHLI      : JUN 2018

 

Latar belakang

Merupakan anak ke 8 dari 9 Adik-beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula ditubuhkan. Beliau merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap dan merupakan penduduk tetap Kampung Limau Kasturi 1 . Beliau juga banyak mengikut kelas dan juga aktif menyertai pertandingan yang dianjurkan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Mengedit video dan lain-lain perisian. Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini tidak begitu memberangsangkan dan beliau memerlukan bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk mempelajari penngunaan komputer dengan lebih konsisten.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin meningkat Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet. Beliau kini sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti,Microsoft Office (Word dan Powerpoint ) mengedit video animasi menggunakan aplikasi yang sedia ada malah, penguasaan pembelajaran secara atas talian(E-Pembelajaran) juga dapat dimanfaatkan di Pusat Internet.

Nama :  DANIAL BIN RAIMI

Umur   :12 TAHUN

Ahli     : JUN 2018

 

 

Latar belakang

Merupakan anak sulong dari dua beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula ditubuhkan kira-kira 2 tahun yang lepas. Beliau merupakan pelajar darjah 6 dari sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Beliau juga banyak mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet dan merupakan pengunjung yang aktif datang ke pusat internet. Beliau antara peserta yang mempunyai bakat yang kreatif dalam menghasilkan poster sama ada secara atas talian atau sebaliknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Danny tidak ada pengetahuan berkenaan teknologi maklumat mahupun menggunakannya, tetapi selepas mendaftarkan diri di Pusat Interent Danny mula mengikuti kelas-kelas asas komputer yang dianjurkan oleh petugas PI. Danny mula mempelajari komponen-komponen asas komputer serta perisian-perisian komputer yang lain seperti Microsoft Office, Mengedit video dan banyak lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat mula bertambah setelah beberapa kali hadir ke kelas di pusat internet. Beliau kini sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti,Microsoft Office, mengedit gambar menggunakan aplikasi yang sedia ada malah, penguasaan pembelajaran secara atas talian termasuk kuiz online dah sebagainya turut meningkat.

Nama : SITI AINAA YASMIN BINTI LOKMAN

Umur   : 15 TAHUN

Ahli     : JUN 2018

Latar belakang

Merupakan anak ke 3 dari 4 beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula beroperasi. Beliau merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap B. Beliau merupakan anak jati Kg Limau Kasturi . Beliau antara pengunjung yang sangat aktif mengikut kelas yang dianjurkan di Pusat Internet. Beliau juga merupakan salah seorang AJK Program anjuran Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak begitu cekap atau tiada kebolehan dalam menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint 3D dan banyak lagi. Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini sangat lemah dan perlu dorongan keluarga dan rakan –rakan lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah hari demi hari. Beliau kini sudah mempunyai akaun facebook Selain tu,beliau juga mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Paint 3D,Microsoft Office (Word dan Powerpoint ) mengedit video dan Adobe Photoshops. Selain itu, beliau juga dapat penguasaan pembelajaran secara atas talian(E-Pembelajaran) semakin baik hari demi hari.