NAMA : MUHAMMAD AIRIL AQIHAN BIN MOHD SHAFIE UMUR : 11 TAHUN AHLI : APRIL 2023 |
Latar belakang
Airil merupakan anak sulong dari tiga beradik. Berusia 11 tahun, Airil merupakan pelajar sekolah rendah di SKLK 1. Airil sangat aktif dan gemar mengikuti kelas sejak menjadi ahli pada bulan April 2023.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI, Airil hanya menjalankan aktiviti hariannya disekolah dan dirumah sahaja.Airil tidak mahir dalam pengguna komputer malah kesedaran tentang program klik dengan bijak sebagai pengguna juga kurang memuaskan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI, Airil antara peserta yang rajin menyertai kelas yang dianjurkan oleh petugas NADI dengan melebihi 50 kelas yang disertainya. Oleh itu tahap penguasaan ICT sangat memuaskan,beliau semakin mahir dalam penguasaan Microsoft Office termasuklah Microsoft Word,Powerpoint, Microsoft Excel dan juga E-Pembelajaran yang lain.Airil juga banyak memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan di NADI termasuk membuat pinjaman Tablet untuk tujuan pembelajaran di rumahnya
NAMA : NURUL DAYANA BINTI ZUKI UMUR : 11 TAHUN AHLI : APRIL 2023 |
Latar belakang
Dayana merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Dayana merupaka pelajar sekolah rendah di SKLK 1. Dayana sangat aktif mengikuti kelas sejak menjadi akli pada bulan April 2023. Dayana antara peserta yang terbanyak mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas NADI dengan melebihi 50 kelas yang beliau sertai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI, Dayana sukar menguasai penggunaan komputer dan kurang berkeyakinan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI, beliau sangat rajin datang ke NADI dan menyertai kelas bersama rakan-rakan yang lain. Tahap penguasaan ICT sangat memuaskan,beliau semakin mahir dalam penguasaan Microsoft Office termasuklah Microsoft Word,Powerpoint, Microsoft Excel dan juga E-Pembelajaran yang lain.
NAMA : SITI NOR AZWANI BINTI MOHD AMRAN UMUR : 29 TAHUN AHLI : MAC 2019 |
Latar belakang
Anak jati Kampung Limau Kasturi mula menjadi ahli PEDI pada March 2020. Beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan selepas beliau mengikuti kursus tajaan KESEDAR untuk bidang jahitan dan bakeri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Sebelum penglibatan beliau dengan kelas keusahawanan di PEDI, beliau kurang mengetahui tentang dunia perniagaan atas talian. Pasaran beliau lebih tertumpu kepada komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDI, beliau mula aktif mempromosikan produk melalui facebook dan whatsapp. Selain itu, beliau juga turut menjadi Tiktok Affiliate bagi meningkatkan pendapatan bulanan beliau.
NAMA : SITI ZAHIDAH BINTI MOHD AFANDI UMUR : 29 TAHUN AHLI : JUN 2018 |
Latar belakang
Puan Zahidah mula membuat perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2015 dengan menjadi ejen produk kosmetik seperti barangan AVON dan beg. Kini beliau telah beralih kepada perniagaan bakeri dan gubahan bouquet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Sebelum penglibatan beliau di PEDI, pemasaran beliau lebih tertumpu kepada komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Melalui kelas Latihan keusahawanan yang disertai oleh beliau, beliau mula mempromosikan produk perniagaan melaui media social seperti Instagram, tiktok dan facebook. Sehingga kini beliau banyak menerima tempahan untuk majlis-majlis rasmi dan persendirian. Purata pendapatan beliau kini mencecah RM 600 sebulan.
NAMA : NORAIN NAZIFA BINTI MOHD KASTURI UMUR : 12 TAHUN AHLI : MEI 2019 |
Latar belakang
Norain Naifa merupakan anak kedua dari dari empat beradik, norain merupakan bekas pelajar SMK Sungai Asap B,berumur 18 tahun. Norain mula menjadi ahli PEDi pada Bulan Mei 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Sebelum penglibatan di PEDi, Norain tidak banyak menguasai ICT dan beliau tidak begitu yakin untuk menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Setelah menjadi ahli di PEDi pada bulan Mei 2019,Norain mula mengikuti program dan mula menyertai kelas komputer serta kelas asas yang lain. Norain lebih gemar menyertai kelas persendirian(personal class) termasuk kursus Asas Microsoft Office,kelas membuat resume malah terbaru ada beliau menyertai kelas keusahawanan iaitu kelas untuk daftar Online Banking Mybsn.