Nama : ILHAM SUFI BIN MUHAMMAD SUHAIDI

Umur   : 13 TAHUN

Ahli     : JUN 2018

 

Latar belakang

Merupakan anak ke dua dari 4 beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula beroperasi. Beliau merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap B. Beliau antara pengunjung yang sangat aktif dalam menyertai program di Pusat Internet Kg Limau Kasturi. Bukan hanya beliau yang sering mengunjung ke PI malah, ahli keluarganya yang lain juga gemar ke pusat internet untuk menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, tahap penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini tidak begitu memberangsangkan dan beliau perlu dorongan keluarga dan rakan –rakan lain untuk menguasai penggunakan komputer. Beliau juga tiada kebolehan dalam menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, mengenai komponen-komponen asas komputer dan banyak lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula berminat untuk mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau dalam dunia ICT semakin meningkat. Beliau sangat mahir dalam mengedit gambar dan video hanya menggunakan Word dan Powerpoint 2016. Selain tu,beliau juga mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Paint 3D,Video Editor, Microsoft Office (Word dan Powerpoint ) . Selain itu, beliau juga semakin bijak menguruskan masa pembelajaran dengan menggunakan kemudahan capaian internet dengan sebaik mungkin.