USAHAWAN RUNCIT & KUIH TRADISIONAL

Nama

AZLINA BINTI ABD. AZIZ 

Umur

: 36 TAHUN

Ahli

: DISEMBER 2019

 

Latar belakang

Merupakan ibu kepada 4 orang anak ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi pada bulan Disember 2018. Pada permulaannya, beliau hanya hadir semasa program HBK kemudiannya minat untuk mengasah semula pengetahuan yang dia ada sebelum ini muncul dan dia mengambil peluang ini dengan menyertai kelas yang diadakan di Pusat Internet. Beliau mula menjalankan perniagaan pada pertengahan tahun 2016. Pada awalnya, beliau menjual barang runcit kemudian beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan kuih tradisional.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir atau tiada kebolehan dalam menggunakan penggunaan kumputer dan aplikasi perbankan atas talian adalah sangat lemah. Selain itu, barang jualan beliau hanya dipasarkan kepada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah hari demi hari. Beliau sudah mahir dalam menghasilkan design produk dan menggunakan platform perbankan atas talian. Selain itu, beliau juga banyak menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk kuih jualannya.