NAMA:AMIRUL MUKMIN BIN ABDULLAH

UMUR:13 TAHUN

AHLI:4 JULAI 2018

 

Latar belakang

Merupakan anak pertama dari 8 adik beradik. Belia adalah pelajar tingkatan 1 di SMK Sungai Asap dan menetap di Kg Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer. Setelah beberapa kali mengikuti kelas dan program yang diadakan oleh pihak Pusat Internet Limau Kasturi, tahap penguasaan beliau berkaitan komputer semakin baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Limau Kasturi, tahap penguasaan beliau dalam hal berkaitan komputer, internet dan perisian seperti Microsoft Office adalah cemerlang. Beliau juga menjadi rujukan kepada pengguna lain terutama dalam hal berkaitan design logo menggunakan Microsoft Office.

NAMA:NIK NORHAZIMAH BT M.ZAINU

UMUR:22 TAHUN

AHLI:1 JULAI 2018

EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Latar belakang

Merupakan penuntut di UUM dalam bidang Operasi Perkilangan. Beliau telah menceburi bidang perniagaan atas talian secara sambilan bagi menampung berbelanjaan beliau di universiti. Produk yang di jual oleh beliau berupa pakaian wanita seperti blouse, baju kurung, seluar dan banyak lagi. Semasa cuti semester pada bulan julai 2018, beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Limau Kasturi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-200 sebulan. Pelanggan beliau hanyalah dalam kalangan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula beranikan diri untuk memperbanyakkan produk jualan dan beliau kini lebih aktif berniaga secara atas talian. Kini beliau menggunakan Facebook Page, Instagram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti sebagai medium promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 sebulan.  

NAMA:SITI ZAHIDAH BINTI MOHD AFANDI

UMUR: 24 TAHUN

AHLI:1 JULAI 2018

 

 

EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Latar belakang

 

Puan Zahidah Bt Mohd Afandi.Beliau berasal dari Kg Limau Kasturi 1.Mempunyai seorang anak,beliau mula membuat perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2015 dengan menjadi ejen produk kosmetik seperti barangan AVON. Kini beliau telah mempelbagaikan produk perniagaannya seperti beg tangan, blouse, t-shirt wanita, barangan kosmetik dan banyak lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 400-RM500 sahaja sebulan. Kebiasaanya beliau hanya menjual kepada kenalan rapat sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mula bergiat akti dalam mempromosikan produk beliau melalui online. Beliau kini menggunakan medium Facebook, Dashboard Myshop, Instagram dan Whatsapp untuk mempromosikan produk perniagaannya. Purata pendapatan beliau kini mencecah RM700-RM800 sebulan.