Nama :  DANIAL BIN RAIMI

Umur   :12 TAHUN

Ahli     : JUN 2018

 

 

Latar belakang

Merupakan anak sulong dari dua beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula ditubuhkan kira-kira 2 tahun yang lepas. Beliau merupakan pelajar darjah 6 dari sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Beliau juga banyak mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet dan merupakan pengunjung yang aktif datang ke pusat internet. Beliau antara peserta yang mempunyai bakat yang kreatif dalam menghasilkan poster sama ada secara atas talian atau sebaliknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Danny tidak ada pengetahuan berkenaan teknologi maklumat mahupun menggunakannya, tetapi selepas mendaftarkan diri di Pusat Interent Danny mula mengikuti kelas-kelas asas komputer yang dianjurkan oleh petugas PI. Danny mula mempelajari komponen-komponen asas komputer serta perisian-perisian komputer yang lain seperti Microsoft Office, Mengedit video dan banyak lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat mula bertambah setelah beberapa kali hadir ke kelas di pusat internet. Beliau kini sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti,Microsoft Office, mengedit gambar menggunakan aplikasi yang sedia ada malah, penguasaan pembelajaran secara atas talian termasuk kuiz online dah sebagainya turut meningkat.