Kampung Limau Kasturi diteroka oleh sekumpulan saudagar dari Sumatera sekitar tahun1909. Mereka telah menemui emas di kawasan kampung dan ia telah menarik minatpenduduk di kawasan-kawasan lain untuk membuat penempatan di sini. Nama kampung diambil daripada pokok limau kasturi yang terdapat di kampung ini suatu ketika dahulu.

Kampung Limau Kasturi pernah merakam sejarah hitam semasa era penjajahan british dan komunis, dimana kampung ini pernah terlibat dalam peristiwa darurat komunis dan proses pemutihan di mana penduduk telah ditempatkan di kampung Bertam. Pada masa tersebut, pengangkutan utama adalah kereta api dan jalan sungai. Lantaran itu, pola penempatan penduduk adalah di sekitar laluan dan hentian kereta api dan di kawasan tebing sungai.

Atas inisiatif pemimpin pada masa itu, maka pada tahun 1931 sebuah sekolah rakyat telah ditubuhkan dengan dua orang guru yang ditempatkan atas perkenaan DYMM Al-Sultan Kelantan. Ekoran serangan tentera jepun semasa perang dunia kedua, sekolah terpaksa ditutup dan penduduk kampung lari meninggalkan kampung halaman. Atas daya usaha penduduk kampung ini, sekali lagi sebuah sekolah rakyat didirikan pada tahun 1962 dan diberi nama “Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi” dengan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Kampung ini terkenal ekoran daripada pembikinan filem berkisah "CIKGU LIMAU KASTURI ", lakonan mantap Wan Maimunah dan Harun Salim Bachik ". Jumlah terkini penduduk Kampung Limau kasturi 1 adalah seramai 1300 orang.