Nama

: NUR AIN MARYAM BINTI ABDUL AZIZ

Umur

: 12 TAHUN

Ahli

: JUN 2018

 

Latar belakang

Nama Nur Ain Maryam Binti Abdul Aziz. Beliau merupakan anak bongsu dari 9 beradik dan merupakan calon UPSR pada tahun ini 2019. Beliau berasal dari Kampung Limau Kasturi. Beliau mula mendaftar sebagai ahli pusat internet kg limau kasturi pada 10 jun 2018. Beliau merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Beliau mempunyai sikap suka bertanya dan periang. Beliau juga sangat aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Limau Kasturi. Beliau sangat rajin dan komited dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir dalam menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint dan Internet. Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer adalah kurang memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Selain tu,beliau juga mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Paint 3D, Word 2016 dan Adobe. Selain itu, beliau juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran bagi menyiapkan tugasan sekolah.

 

USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE) & JURU MAKEUP

Nama

SHARIFAH NOR AISHAH BT SYED IBRAHIM

Umur

: 24 TAHUN

Ahli

: MAC 2019

 

Latar belakang

Anak keempat daripada enam beradik ini mula menjadi ahli pusat internet pada bulan 3 tahun 2019. Beliau mula terlibat dengan bidang perniagaan sebagai hobi sambilan dan untuk mengisi masa lapang. Pada peringkat awal, dia hanya menjual makanan ringan seperti sosej, burger dan minuman di perkarangan rumah. Beliau kemudiannya terlibat dengan bidang jahitan dengan mengambil upah menjahit pakaian, bidang andanan dengan mengambil upah sebagai juru makeup dan perniagaan atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet, beliau hanya menjual barangan kepada kenalan rapat sahaja dan urusan pembayaran wang mesti secara tunai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula menggunakan platform perbankan atas talian (Maybank2u & iRakyat) untuk sebarang urusan pembayaran dan ini sangat membantu beliau memantau pergerakan kewangan perniagaannya. Bagi tujuan promosi, beliau menggunakan platform Instagram, Telegram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti untuk mempromosikan produk jualan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1000 sebulan.

 

Nama

: NUR FARISHA ATIRAH BINTI MOHD ASWAN

Umur

: 12 TAHUN

Ahli

: JUN 2018

 

Latar belakang

Farisha Atirah berusia 12 tahun dan merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Beliau merupakan anak sulong kepada 4 orang adik beradik. beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Kg Limau Kasturi sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Limau Kasturi dibuka pada tahun 2018. Beliau sangat aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Limau Kasturi. Beliau sangat rajin dan komited dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran ICT yang dijalankan di Pusat Internet, pengetahuan ICT beliau agak lemah dan pada awal sesi pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk sesi pembelajaran kerana kurang yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti lebih dari 20 kelas ICT di Pusat Internet Kg Limau Kasturi pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Beliau kini sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office, Video Editor, Paint 3D, picture and logo editing dan banyak lagi. Beliau juga sudah mahir menggunakan Kahoot, Quizizz, Proprof, Hellokids dan Latihtubimatematik.Com sebagai platform pembelajaran secara atas talian. Beliau juga banyak memenangi pertandingan yang telah diadakan di Pusat Internet Kg Limau kasturi. Antara pertandingan yang telah dimenangi ole beliau adalah Kahoot Klik dengan Bijak, Quizizz pendidikan, Pertandingan Mewarna online dan pertandingan menaip pantas.

Nama

NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD ZUKRI

Umur

: 17 TAHUN

Ahli

: OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Anak bongsu dari 3 beradik ini merupakan anak jati Kg Limau Kasturi. Beliau merupakan pelajar tingkatan 5 di Sek Men Kebangsaan Sungai Asap. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada bulan 10 2018. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada bulan 2 tahun 2019.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada peringkat permulaan, beliau hanya membantu ibunya menjahit dan menampal manik dan dari situ minat beliau untuk menceburi bidang perniagaan dengan mengambil upah menampal manik. Kebiasaannya tempahan adalah tampalan dan jahitan manik tudung, baju kurung dan veil pengantin.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula memperbanyakkan produk jualan dengan menjadi agen dropship. Beliau kini mula membuat promosi, Instagram, Telegram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti. Jualan bulanan beliau kini mencecah hampir RM400 sebulan.

 

USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Nama

: NURUL AIN BINTI ZUKI

Umur

: 17 TAHUN

Ahli

: JULAI 2018

 

Latar belakang

Pelajar tingkatan 5 di Maahad Muhammadi Gua Musang ini merupakan anak ketiga dari empat beradik. Beliau berasal dari Kg Limau kasturi dan mula menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2017 di Pusat Internet Sungai Asap. Beliau mula mengunjungi dan menjadi ahli Pusat Internet Kg Limau Kasturi pada 7 Julai 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau memilih untuk memulakan perniagaan secara atas talian sebagai Dropship pada penghujung tahun 2018. Pada peringkat permulaan, beliau hanya mempromosikan barangan beliau kepada kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula mempromosikan produk jualan di Instagram, Telegram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 200 sebulan. Selain itu juga, beliau sudah mahir membuat transaksi perbankkan atas talian dan ini sangat membantu beliau memantau pergerakan kewangan perniagaannya.