DROPSHIP & USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Nama : NORHAYATI BINTI OMAR

Umur   : 43 TAHUN

Ahli     : NOVEMBER 2019

Latar belakang

Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini merupakan pekerja sektor kerajaan. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara sambilan pada tahun 2017. Beliau banyak terlibat dengan perniagaan yang beraaskan dropship dan ejen terutamanya makanan dan barangan keperluan. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada bulan 11 tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet, beliau hanya menjual barangan kepada kenalan rapat sahaja dan urusan pembayaran wang mesti secara tunai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula menggunakan platform perbankan atas talian (Maybank2u & iRakyat) untuk sebarang urusan pembayaran dan ini sangat membantu beliau memantau pergerakan kewangan perniagaannya. Bagi tujuan promosi, beliau menggunakan platform Facebook, Whatsapp dan Dashboard Komuniti untuk mempromosikan produk jualan.