Nama

NORASIKIN BINTI KHAIRI

Umur

: 13 TAHUN

Ahli

: JUN 2018

 

Latar belakang

Anak bongsu dari 7 beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula beroperasi. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap. Beliau berasal dari perak dan kini menetap di Kg Limau Kasturi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir dalam menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint dan Internet.  Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer adalah lemah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Beliau kini sudah mempunyai akaun email, facebook dan istragram. Selain tu,beliau juga mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Paint 3D, Word 2016 dan Adobe. Selain itu, beliau juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran bagi menyiapkan tugasan sekolah. 

USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Nama

SITI ADWIYAH BINTI AB RAHMAN

Umur

: 34 TAHUN

Ahli

: NOVEMBER 2018

 

Latar belakang

Anak jati Kg Limau kasturi ini merupakan ibu kepada empat orang anak, dimana beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau bersekolah di Sek. Keb. Limau Kasturi 1 dan menyambung pengajian ke peringkat SPM di SMU Gua Musang. Beliau kemudiannya ke Maahad Muhammadi Pasir Pekan untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Beliau telah menjalani perniagaan berasaskan makanan ringan seperti keropok dan kuih muih di Pasar Pagi Sabtu yang bertempat di Kg Limau Kasturi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berniaga dengan bermodalkan RM 100 dan hanya mempromosikan perniagaan melalui Facebook dan kenalan rapat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula mempromosikan produk jualan di Facebook Page, Instagram, Telegram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 sebulan.  

 

Nama NOR MAWANIE BINTI MOHD YUSOH  
Umur : 29 tahun
Ahli : Julai 2018

 

Latar belakang

Ibu kepada tiga orang anak ini merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian sejak beliau menjadi ahli Pusat Internet Kg Limau Kasturi. Bermula dengan menjual pakaian, kini beliau mula menjual barangan perkakasan dapur dan kelengkapan rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada pendapatan sampingan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau memulakan perniagaan secara online dengan menjual blouse. Kini beliau mula beranikan diri untuk memperbanyakkan produk jualan dan beliau kini lebih aktif berniaga secara atas talian. Medium promosi yang digunakan oleh beliau adalah Facebook Page, Telegram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200 sebulan.  

USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Nama

NURUL NADIA BINTI ABDUL AZIZ

Umur

: 28 TAHUN

Ahli

: NOVEMBER 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi dan menyambung pengajian di Sekolah Menengah Tengku Indra Petra 2, Gua Musang. Berbekalkan minat dan hasrat untuk membantu suami, beliau mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan atas talian sebagai Dropship barangan kosmetik pada tahun 2017. Pada awal tahun 2018, beliau kemudiannya menceburi perniagaan makanan jeruk berasaskan asam boi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya, beliau hanya menjual barangan melalui facebook sebagai agen dropship. Antara barangan yang dijual adalah alat make-up jenama Sobella dan Karisma. Pada tahun 2018, berbekalkan modal RM50, beliau mula menjual makanan jeruk kepada kenalan dan penduduk kampung. Pendapatan bulanan adalah dianggarkan RM100.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet pada 28/11/2018. Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula memperbanyak promosi barangan perniagaan melalui Facebook Page, Telegram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 sebulan.  

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE,ADOBE PHOTOSHOP,EMAIL DAN PAINT 3D

Nama : SITI NUR AISYAH BINTI MOHD RADZUAN 
Umur : 13 tahun
Ahli : Julai 2018

 

Latar belakang

Merupakan anak kedua kepad 3 adik beradik. Belia adalah pelajar tingkatan 1 di SMK Sungai Asap dan menetap di Kg Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan. Beliau mula menjadi ahli di Pusat Internet Kg Limau Kasturi pada bulan Julai 2018. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Aisyah tidak mempunyai email peribadi, tidak mahir dalam menggunakan Mirosoft Office terutama Excel. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai Adobe Photoshop, Paint, Paint 3D dan cara-cara untuk mengedit gambar dan mencipta logo. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bimbingan dan panduan diberikan kepada peserta melalui kelas ICT dan latihan yang diadakan di Pusat Internet Kg Limau Kasturi. Latihan yang diberikan adalah berkaitan penggunaan teknologi email, perisian Adobe Photoshop, Paint, Paint 3D dan Microsoft Office. Setelah beberapa latihan dan kelas ICT disertai oleh beliau, tahap penguasaan beliau dalam hal berkaitan komputer, internet dan perisian seperti Microsoft Office adalah cemerlang.