Nama :  NOR AIDA BINTI ADAM

Umur   : 41 TAHUN

Ahli     : JANUARI 2020

 

Latar belakang

Anak jati Kg Serian Batu 11 ini merupakan ibu kepada tiga orang anak. Beliau membuat kerja-kerja sambilan dengan bercucuk tanam dan mula menceburkan diri dalam perniagaan atas talian pada tahun 2017. Beliau mula menjadi ahli pusat internet pada Januari tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau tidk mahir atau tiada kebolehan dalam menggunakan komputer dan aplikasi perbankan atas talian adalah sangat lemah. Selain itu, barang jualan beliau hanya dipasarkan kepada penduduk setempat sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau muls mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasan beliau berkenaan teknologi maklumat semakkin bertambah hari demi hari. Beliau juga turut menyertai kelas secara atas talian yang telah dianjurkan  oleh pihak luar.