NAMA   : MUHAMMAD IMANWI ISKANDAR BIN MAHUSSIN

UMUR  : 13 TAHUN

AHLI      : JUN 2018

 

Latar belakang

Merupakan anak ke 8 dari 9 Adik-beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula ditubuhkan. Beliau merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap dan merupakan penduduk tetap Kampung Limau Kasturi 1 . Beliau juga banyak mengikut kelas dan juga aktif menyertai pertandingan yang dianjurkan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Mengedit video dan lain-lain perisian. Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini tidak begitu memberangsangkan dan beliau memerlukan bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk mempelajari penngunaan komputer dengan lebih konsisten.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin meningkat Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet. Beliau kini sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti,Microsoft Office (Word dan Powerpoint ) mengedit video animasi menggunakan aplikasi yang sedia ada malah, penguasaan pembelajaran secara atas talian(E-Pembelajaran) juga dapat dimanfaatkan di Pusat Internet.