Nama : NUR QALISHA BINTI MOHAMAD SHAFEEIN

Umur   :11 TAHUN

Ahli     : JULAI  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Qalisha merupakan pelajar tahun 5, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Qalisha mula menjadi ahli Pusat Internet selepas sebulan Pusat Internet mula beroperasi iaitu pada bulan Julai 2018. Beliau juga banyak mengikut kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet dan merupakan antara pengunjung yang aktif datang ke pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Qalisha tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer dan juga tidak dapat menguasai penggunaan ICT dengan baik. Beliau kurang yakin untuk menggunakan komputer yang disediakan di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa kali datang ke Pusat Internet dan mengikuti kelas  asas komputer dan sebagainya, Qalisha semakin mahir dan yakin untuk menggunakan komputer malah pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Qalisha kini mula mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya termasuklah menguasai kemahiran menaip,mengedit gambar dan banyak lagi