NAMA : MUHAMMAD ILFQI HAMBALI BIN M BAKRI

UMUR : 12 TAHUN

AHLI   : JULAI 2018

 

 

 

 

 

Latar belakang

Muhammad Ilfqi  merupakan anak bongsu dari lapan beradik, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1,berumur 12 tahun. Ilfqi mula menjadi ahli PEDi pada Bulan Julai 2018. Ilfqi telah menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDI Kg Limau Kasturi dengan sangat bijak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDi, Ilfqi tidak boleh menguasai penggunaan komputer dan juga alat peranti yang lain malah tahap penguasaan mengenai ICT juga kurang memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDi pada bulan Julai 2018, Ilfqi mula menguasai penggunaan komputer dan juga internet dengan lebih yakin kerana sering berkunjung ke PEDi malah Ilfqi juga banyak menyertai kelas-kelas asas mengenai komputer termasuklah kelas asas menaip secara Online dan Offline,Pengetahuan mengenai asas internet juga sangat baik malah ilfqi juga ada menyertai kelas E-Pembelajaran yang lain termasuk menjawab kuiz secara dalam talian, kelas membuat gambar passport dan banyak lagi.

NAMA : NUR ALIFAH NAZIHAH BINTI MOHD NAIM

UMUR : 11 TAHUN

AHLI   : JANUARI 2022

 

 

 

 

 

Latar belakang

Alifah merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 2. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Limau Kasturi dan mula menjadi ahli pada januari 2022. Beliau seorang yang aktif dan rajin dalam mengikuti kelas dan aktiviti di PEDI Kampung Limau Kasturi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran ICT yang dijalankan di Pusat Internet, pengetahuan ICT beliau agak lemah dan pada awal sesi pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk sesi pembelajaran kerana kurang yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Beliau juga sudah pandai menghasilkan poster melalui Canva dan postermywall. Selain itu, beliau juga sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Microsoft Office, Microsoft Edge dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran bagi menyiapkan tugasan sekolah.

NAMA : SITI FATIMAH BINTI KAMARUZAMAN

UMUR : 33 TAHUN

AHLI   : MAC 2019

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Pn Fatimah telah menceburi bidang perniagaan semenjak dia mengambil alih perniagaan runcit milik keluarganya. Namun perniagaan tersebut tidak begitu memberangsangkan sehinggalah beliau mula mempelbagaikan produk perniagaan terutamanya produk berkaitan tanaman hiasan dan beliau mula menceburi bidang perniagaan secara atas talian pada tahun 2019. Beliau mula menjadi ahli PEDI Kampung Limau Kasturi pada Mac 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum terlibat dengan aktiviti dan kelas yang dilaksanakan di Pedi, Pn Fatimah hanya mendapat purata pendapatan sekitar RM 100 -RM 200 sebulan dan pelanggannya adalah dari kalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Selepas beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di PEDI, Pn Fatimah mula menggunakan media sosial dalam memasarkan dan mempromosikan produk perniagaanya. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer semakin bertambah. Beliau juga sudah mahir menggunakan platform secara atas talian seperti Tiktok, Shopee, Whatsapp Business dan Facebook. Kini purata pendapatan beliau mampu mencecah RM 200 – RM 500 sebulan.

NAMA : NURHA FATONNAH BINTI MOHAMAD ROFI

UMUR : 23 TAHUN

AHLI   : JANUARI 2022

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Anak jati Kampung Sungai Serian Batu 11 mula menjadi ahli PEDI pada 4 januari 2022 dan beliau berasal dari keluarga yang terlibat dalam idang perniagaan. Pada permulaan, beliau hanya menjadi agen dan dropship kosmetik sebelum beralih kepada perniagaan makanan dan kanopi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan beliau dengan kelas keusahawanan di PEDI, beliau kurang mengetahui tentang dunia perniagaan atas talian. Pasaran beliau lebih tertumpu kepada komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di PEDI, beliau mula aktif mempromosikan produk melalui facebook dan whatsapp. Selain itu, beliau juga turut menjadi Tiktok Affiliate bagi meningkatkan pendapatan bulanan beliau.

NAMA : NIK AMANDA QAISARA BINTI HAMZAH

UMUR : 12 TAHUN

AHLI    : SEPTEMBER 2019

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Qaisara merupakan kembar kepada Marrisa yang merupakan celik IT untuk tahun 2022. Beliau sangat aktif terlibat dengan kelas serta aktiviti yang dianjurkan di PEDI semenjak beliau menjadi ahli pada bulan september 2019.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatannya di PEDI, Qaisara tidak begitu mahir menggunakan komputer dan memerlukan bantuan petugas untuk menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI dan selalu mengikuti kelas serta aktiviti di PEDI, beliau mula mahir menggunakan komputer dan mahir dalam menggunakan aplikasi serta perisian seperti Microsoft Office, Microsoft Edge dan sebagainya. Beliau juga mahir melayari internet dan menggunakan internet untuk menyiapkan tugasan sekolah serta mengulangkaji pelajaran.