NAMA : DAMIA HUMAIRAH NADHIRAH BT ABDULLAH

UMUR : 12 TAHUN

AHLI     : JANUARI 2022

 

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Damia merupakan anak sulong dari dua beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Damia mula menjadi ahli PEDI pada Bulan Januari 2022. Beliau juga banyak mengikut kelas dan juga aktif menyertai pertandingan yang dianjurkan di PEDI.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

 

Sebelum penglibatannya di PEDI, beliau tidak mahir menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Mengedit video dan lain-lain perisian. Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini tidak begitu memberangsangkan dan beliau memerlukan bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk mempelajari penngunaan komputer dengan lebih konsisten.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI pada bulan Julai 2022, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin meningkat. Beliau kini sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti,Microsoft Office, mengedit video animasi dan grafik secara dalam talian dan menggunakan aplikasi yang sedia. Beliau juga turut aktif terlibat dalam sesi pembelajaran secara atas talian(E-Pembelajaran).

NAMA : NIK AMANDA MARISSA BINTI HAMZAH

UMUR : 12 TAHUN

AHLI     : SEPTEMBER 2019

 

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

 

Marrisa merupakan anak sulong dari empat beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Marrisa mula menjadi ahli PEDI pada September 2019. Beliau sangat aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan di PEDI. Beliau sangat rajin dan komited dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas PEDI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatannya di PEDI, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan pada awal penglibatan, beliau masih takut-takut dan memerlukan bantuan orang lain untuk menggunakan komputer. Pengguasaan beliau dalam penggunaan perisian seperti Microsoft Office, Canva, Postermywal dan lain-lain perisian tidak begitu memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI pada bulan Julai 2019, beliau mula aktif melibatkan diri dalam kelas serta aktiviti yang dianjurkan di PEDI. Pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin meningkat. Beliau kini sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti,Microsoft Officeedit gambar secara dalam talian dan beliau juga turut aktif terlibat dalam sesi pembelajaran secara atas talian(EPembelajaran.

NAMA : MOHD HAZRUL HAKIM BIN MD NOOR  

UMUR : 13 TAHUN

AHLI     : JULAI 2018

 

 

 

 

 

Latar belakang

Hazrul merupakan anak kedua dari empat beradik, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1,berusia 13 tahun. Hazrul mula menjadi ahli PEDI pada Bulan Julai 2018. Hazrul merupakan seorang yang sangat aktif berkunjung ke PEDI untuk memanfaat kemudahan atau fasiliti yang sedia ada di PEDI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDI, Hazrul tidak tahu mengenai apa itu komputer dan fungsinya secara menyeluruh bahkan tahap penguasaannya mengenai ICT juga kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI pada bulan Julai 2018, Hazrul kini semakin yakin untuk menggunakan komputer dengan menyertai kelas asas komputer yang dianjurkan oleh petugas PEDI.Hari demi hari tahap kefahaman dan pengetahuan Hazrul semakin bertambah,beliau banyak mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PEDI termasuklah kelas asas menaip, E-Pembelajaran dan banyak lagi. . Hazrul merupakan peserta yang aktif dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh petugas PEDI.

NAMA : NUR FARISHA ADRINA BINTI MOHD ASWAN

UMUR : 13 TAHUN

AHLI     : DISEMBER 2018

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Adrina merupakan anak kedua dari lima beradik, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1,berumur 13 tahun. Adrina mula menjadi ahli PEDI pada Bulan Disember 2018. Adrina merupakan adik kepada peserta Celik IT sebelum ini. Hal ini menujukkan mereka sangat aktif berkunjung ke PEDI tambahan pula kediaman Adrina sangat dengan dengan PEDI .Adrina telah menggunakn kemudahan yang disediakan di PEDI Kg Limau Kasturi dengan sangat baik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDI ,Adrina tidak banyak mengetahui mengenai penggunaan komputer,malah tahap penguasaannya mengenai ICT juga lemah dan kurang pendedahan mengenainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI pada bulan Julai 2018, Adrina mula bijak menggunakan komputer dan lebih yakin dengan menyertai kelas asas komputer dan pelbagai kelas lagi yang dianjurkan oleh petugas PEDI berkaitan komputer dan perkara asas yang lain termasuklah kelas asas menaip, E-Pembelajaran(menjawab kuiz,permainan pendidikan yang bermanfaat dan banyak lagi. 

Nama : NUR FARAHAN AUNI BINTI ZAIDI

Umur   :19 TAHUN

Ahli     : SEPTEMBER 2019

 

 

 

 

Latar belakang

Pelajar UiTM ini merupakan anak sulung daripada 4 beradik dan beliau mula menceburi bidang perniagaan secara atas talian sebagai Dropship sejak tahun 2020. Beliau mula menjadi ahli PIK Kampung Limau Kasturi pada September 2019 dan beliau juga merupakan salah seorang AJK PIK.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, beliau hadir ke PIK untuk menggunakan perkhidmatan cetakan sahaja, beliau kemudianya tertarik untuk belajar mengenai komputer dan grafik atas faktor sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran. Semasa sesi pembelajaran, beliau juga mula mendapatkan pendedahan berkaitan dengan aktiviti perniagaan berasaskan Dropship.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini sudah mahir dalam penggunaan komputer dan dengan ilmu yang dipelajari di PIK dapat membantu beliau dalam pembelajaran di Universiti. Beliau juga sangat aktif dalam perniagaan dropshipnya dan anggaran pendapatan sebulan kini adalah sebanyak RM 150 – RM300.