EMCEE & USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Nama

MOHAMAD SHAHRIZAL AIZAM BIN MOHD RIZALMAN 

Umur

: 19TAHUN

Ahli

: DISEMBER 2018

 

Latar belakang

Pelajar tingkatan 6 ini merupakan anak sulong daripada 4 beradik sangat aktif menyertai pelbagai program antaranya program komuniti, sekolah dan juga program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau juga merupakan salah seorang AJK pusat internet Kg limau Kasturi. Minat yang mendalam dalam bidang pengacaraan dan keusahawanan mendorong beliau untuk mengikuti kelas di pusat internet. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Belia Mukim Limau Kasturi. Beliau mula berkecimpung dalam perniagaan atas talian sebagai Dropship pakaian jersi. Selain itu beliau juga menyediakan khidmat mengacara majlis dan sewaan system siar raya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir atau tiada kebolehan dalam menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint dan banyak lagi.  Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini sangat lemah dan perlu dorongan keluarga dan rakan –rakan lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula aktif  mempromosikan produk jualan di Instagram dan Dashboard Komuniti. Selain itu, kemahiran beliau dalam menggunakan komputer meningkat dan ini memudahkan beliau menyiapkan kerja kursus dan mencari maklumat berkaitan tugasan EMCEE.