Nama : NUR FARAHAN AUNI BINTI ZAIDI

Umur   :19 TAHUN

Ahli     : SEPTEMBER 2019

 

 

 

 

Latar belakang

Pelajar UiTM ini merupakan anak sulung daripada 4 beradik dan beliau mula menceburi bidang perniagaan secara atas talian sebagai Dropship sejak tahun 2020. Beliau mula menjadi ahli PIK Kampung Limau Kasturi pada September 2019 dan beliau juga merupakan salah seorang AJK PIK.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, beliau hadir ke PIK untuk menggunakan perkhidmatan cetakan sahaja, beliau kemudianya tertarik untuk belajar mengenai komputer dan grafik atas faktor sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran. Semasa sesi pembelajaran, beliau juga mula mendapatkan pendedahan berkaitan dengan aktiviti perniagaan berasaskan Dropship.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini sudah mahir dalam penggunaan komputer dan dengan ilmu yang dipelajari di PIK dapat membantu beliau dalam pembelajaran di Universiti. Beliau juga sangat aktif dalam perniagaan dropshipnya dan anggaran pendapatan sebulan kini adalah sebanyak RM 150 – RM300.