NAMA : NUR FARISHA ADRINA BINTI MOHD ASWAN

UMUR : 13 TAHUN

AHLI     : DISEMBER 2018

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Adrina merupakan anak kedua dari lima beradik, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1,berumur 13 tahun. Adrina mula menjadi ahli PEDI pada Bulan Disember 2018. Adrina merupakan adik kepada peserta Celik IT sebelum ini. Hal ini menujukkan mereka sangat aktif berkunjung ke PEDI tambahan pula kediaman Adrina sangat dengan dengan PEDI .Adrina telah menggunakn kemudahan yang disediakan di PEDI Kg Limau Kasturi dengan sangat baik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDI ,Adrina tidak banyak mengetahui mengenai penggunaan komputer,malah tahap penguasaannya mengenai ICT juga lemah dan kurang pendedahan mengenainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI pada bulan Julai 2018, Adrina mula bijak menggunakan komputer dan lebih yakin dengan menyertai kelas asas komputer dan pelbagai kelas lagi yang dianjurkan oleh petugas PEDI berkaitan komputer dan perkara asas yang lain termasuklah kelas asas menaip, E-Pembelajaran(menjawab kuiz,permainan pendidikan yang bermanfaat dan banyak lagi.