NAMA : MOHD HAZRUL HAKIM BIN MD NOOR  

UMUR : 13 TAHUN

AHLI     : JULAI 2018

 

 

 

 

 

Latar belakang

Hazrul merupakan anak kedua dari empat beradik, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1,berusia 13 tahun. Hazrul mula menjadi ahli PEDI pada Bulan Julai 2018. Hazrul merupakan seorang yang sangat aktif berkunjung ke PEDI untuk memanfaat kemudahan atau fasiliti yang sedia ada di PEDI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDI, Hazrul tidak tahu mengenai apa itu komputer dan fungsinya secara menyeluruh bahkan tahap penguasaannya mengenai ICT juga kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menjadi ahli di PEDI pada bulan Julai 2018, Hazrul kini semakin yakin untuk menggunakan komputer dengan menyertai kelas asas komputer yang dianjurkan oleh petugas PEDI.Hari demi hari tahap kefahaman dan pengetahuan Hazrul semakin bertambah,beliau banyak mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PEDI termasuklah kelas asas menaip, E-Pembelajaran dan banyak lagi. . Hazrul merupakan peserta yang aktif dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh petugas PEDI.