NAMA : SITI FATIMAH BINTI KAMARUZAMAN

UMUR : 33 TAHUN

AHLI   : MAC 2019

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Pn Fatimah telah menceburi bidang perniagaan semenjak dia mengambil alih perniagaan runcit milik keluarganya. Namun perniagaan tersebut tidak begitu memberangsangkan sehinggalah beliau mula mempelbagaikan produk perniagaan terutamanya produk berkaitan tanaman hiasan dan beliau mula menceburi bidang perniagaan secara atas talian pada tahun 2019. Beliau mula menjadi ahli PEDI Kampung Limau Kasturi pada Mac 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum terlibat dengan aktiviti dan kelas yang dilaksanakan di Pedi, Pn Fatimah hanya mendapat purata pendapatan sekitar RM 100 -RM 200 sebulan dan pelanggannya adalah dari kalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Selepas beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di PEDI, Pn Fatimah mula menggunakan media sosial dalam memasarkan dan mempromosikan produk perniagaanya. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer semakin bertambah. Beliau juga sudah mahir menggunakan platform secara atas talian seperti Tiktok, Shopee, Whatsapp Business dan Facebook. Kini purata pendapatan beliau mampu mencecah RM 200 – RM 500 sebulan.