NAMA : NUR ALIFAH NAZIHAH BINTI MOHD NAIM

UMUR : 11 TAHUN

AHLI   : JANUARI 2022

 

 

 

 

 

Latar belakang

Alifah merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 2. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Limau Kasturi dan mula menjadi ahli pada januari 2022. Beliau seorang yang aktif dan rajin dalam mengikuti kelas dan aktiviti di PEDI Kampung Limau Kasturi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran ICT yang dijalankan di Pusat Internet, pengetahuan ICT beliau agak lemah dan pada awal sesi pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk sesi pembelajaran kerana kurang yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah. Beliau juga sudah pandai menghasilkan poster melalui Canva dan postermywall. Selain itu, beliau juga sudah mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Microsoft Office, Microsoft Edge dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran bagi menyiapkan tugasan sekolah.