NAMA:NIK NORHAZIMAH BT M.ZAINU

UMUR:22 TAHUN

AHLI:1 JULAI 2018

EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Latar belakang

Merupakan penuntut di UUM dalam bidang Operasi Perkilangan. Beliau telah menceburi bidang perniagaan atas talian secara sambilan bagi menampung berbelanjaan beliau di universiti. Produk yang di jual oleh beliau berupa pakaian wanita seperti blouse, baju kurung, seluar dan banyak lagi. Semasa cuti semester pada bulan julai 2018, beliau mula mengikuti kelas di Pusat Internet Limau Kasturi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-200 sebulan. Pelanggan beliau hanyalah dalam kalangan kenalan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau mula beranikan diri untuk memperbanyakkan produk jualan dan beliau kini lebih aktif berniaga secara atas talian. Kini beliau menggunakan Facebook Page, Instagram, Whatsapp dan Dashboard Komuniti sebagai medium promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 sebulan.