Tarikh

: 20 April 2019

Masa

: 3:00 Petang – 6:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Men

Bil.peserta

: 5 Orang

 

Tujuan:

Kelas mengedit video menggunakan perisian (Microsoft Powerpoint 2016) telah dihadiri oleh 5 orang peserta, kelas ini dijalankan bertujuan untuk  memberi pendedahan   dan tunjuk ajar  kepada peserta mengenai cara untuk mengedit video dengan menggunakan perisian ini.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan tentang fungsi icon animation dan transitions yang terdapat dalam perisian Microsoft powerpoint 2016 untuk membuat video @ sesuatu objek itu bergerak, petugas juga memberi penerangan tentang cara untuk masukkan video, gambar @ lagu yang yang ingin diedit. Akhir sekali, peserta diberi tunjuk ajar cara untuk export  slide yang siap diedit untuk dijadikan video.

 

Gambar Disini

 

 


                               

 

Tarikh

: 18 April 2019

Masa

: 3:30 Petang – 5:30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren & Lain-lain

Bil.peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih para peserta membuat latih tubi matematik asas (tambah) secara atas talian (online) dengan lebih berkesan serta permainan pendidikan (abcya.com)

Aktiviti:

Aktiviti disertai oleh 4 Orang peserta Sekolah rendah dan lain-lain kategori umur yang menyertai adalah (9 hingga 12 tahun). Kelas ini dimulakan dengan memberi penerangan kepada peserta tentang cara menjawab soalan matematik asas tambah (online) dengan cepat dan berkesan. Setelah itu, sesi permainan pendidikan (abcya.com).

 

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 17 Mac 2019

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Lepasan Sekolah

Bil.peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan membantu peserta membuat permohonan pekerjaan dalam sektor awam melalui portal SPA8(http://www.spa.gov.my).

 

Aktiviti:

Kelas ini disertai oleh 3 orang peserta lepasan SPM. Kelas dimulakan dengan memberi penerangan mengenai  butiran yang diperlukan untuk mendaftar secara online melalui portal SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Setiap peserta perlu mengisi maklumat diri, maklumat akademik, Ko-Kurikulum, maklumat tambahan sekiranya ada, Jawatan yang ingin dimohon, pengakuan pemohon serta semakan permohonan. Permohonan jawatan kosong sebagai penjawat awam adalah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

 

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 11 April 2019

Masa

: 2:30 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren & Sek Men

Bil.peserta

: 11 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai portal sebenarnya.my yang diterajui oleh MCMC bagi mengurangkan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa di internet. Selain itu, permainan kuiz (sains) dalam (Quizizz.com) permainan ini dapat menguji minda peserta untuk menjawab soalan yang diberikan. Permainan Dot To Dot (Number) dapat menguji kepantasan peserta.

 

Aktiviti:

Aktiviti disertai oleh 11 Orang peserta termasuk Sekolah rendah dan Sekolah menengah. Kelas dimulakan dengan memberi pendedahan kepada peserta mengenai portal Sebenarnya.my. Setelah itu, sesi soal jawab secara ringkas mengenai apa itu penyebaran maklumat palsu. Kemudian, peserta diberi masa untuk menyelesaikan permainan Dot To Dot online serta menjawab soalan sains dalam Quizizz.com.

 

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 16 Mac 2019

Masa

: 11:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih para peserta membuat latih tubi secara atas talian (online) dengan lebih berkesan.

Aktiviti:

Aktiviti disertai oleh 4 Orang peserta Sekolah rendah kategori umur yang menyertai adalah (7 hingga 10 tahun). Kelas ini dimulakan dengan memberi penerangan kepada peserta tentang cara menjawab soalan matematik (online) dengan betul serta cara pengiraan dibuat secara bertulis (offline) di dalam buku latihan.

 

Gambar Disini