Tarikh

: 7 Februari 2019

Masa

: 11:00 Pagi – 1:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Terbuka

Bil.peserta

: 6 Orang

 

 

Tujuan:

Kelas mengedit video telah dihadiri oleh 6 orang peserta, kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi kemudahan dan tunjuk ajar kepada peserta cara @ kaedah untuk mengedit video menggunakan perisian (Movie Maker).

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian (movie maker), memberi penerangan tentang cara untuk masukkan video, gambar dan lagu yang yang ingin diedit. Setelah itu,peserta diberi masa selama satu jam untuk membuat satu video pendek.Hal ini bertujuan  untuk melatih peserta dan dapat mempraktikkan apa yang telah diajar oleh tenaga pengajar. Setelah itu,video yang siap diedit akan dipaparkan di skrin untuk tontonan peserta lain.

 

Gambar Disini

 


 

                               

 

Tarikh

: 3 Februari 2019

Masa

: 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Terbuka

Bil.peserta

: 15 Orang

 

 

Tujuan:

Tujuan kelas & pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji daya kreativiti  peserta mencipta poster bersemperna tahun baru cina 2019.

 

Aktiviti:

Aktiviti disertai oleh 15 Orang termasuk sek rendah,sek menengah dan belia. Kelas mencipta poster ini mengunakan perisian Microsoft word. Kelas dimulakan dengan memberi penerangan dan latihan tentang cara mengedit gambar/ poster sebelum memulakan pertandingan.Syarat-syarat pertandingan mesti menggunakan beberapa elemen antaranya Tulisan, gambar online (mesti lebih dari 3) , bentuk, warna dan kreativiti. 3 Pemenang dipilih melalui undian di facebook.

Gambar Disini

 


                                                                             

Tarikh

: 17 Januari  2019

Masa

: 11:00 Pagi – 1 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: wanita

Bil.peserta

: 5 Orang

 

Tujuan:

Tujuan Kelas ini dijalankan bagi memberi tunjuk ajar kepada golongan wanita mengenai fungsi Keyboard serta menaip surat dengan menggunakan format yang betul.

Aktiviti:

Aktiviti disertai oleh 5 orang wanita.Dimulakan dengan penerangan mengenai fungsi Keyboard sebagai contoh: [ctrl + A], [ctrl + C] dan banyak lagi. Setelah itu,mengajar cara menaip surat rasmi dengan betul menggunakan Microsoft word.

 

Gambar Disini

 


 

 

 

Tarikh

: 19 Januari 2019

Masa

: 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 10 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih para peserta mengigat serta dapat mempraktikkan teknik pembelajaran matematik dengan berkesan dan mudah.

 

Aktiviti:

Aktiviti disertai oleh 10 Orang peserta Sekolah rendah.Dimulakan dengan memberi penerangan tentang teknik darab(×) dan bahagi(÷) nombor dengan mudah dan senang untuk dipratikkan dalam pembelajaran.Seterusnya,satu pertandingan latih tubi (latih tubi matematik.com), dalam pertandingan tersebut terdapat 100 soalan matematik untuk dijawab oleh peserta dengan masa yang telah diberikan. 3 orang pemenang dipilih.

 

Gambar Disini

 


 

 

Pengenalan Aplikasi &Kelas Mencipta Logo.

Tarikh

: 19 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang– 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Limau Kasturi

peserta

:Sek Ren & Sek Men

Bil.peserta

: 18 Orang

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini adalah untuk melihat kreativiti pelajar dalam mencipta logo menggunakan microsoft word.Kelas ini disertai 18 Orang pelajar termasuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

 

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan tentang logo yang perlu dicipta oleh pelajar.Seterusnya, pelajar dikehendaki mencipta logo hanya menggunakan simbol dalam microsoft word secara individu terlebih dahulu. Setelah itu,pelajar diarahkan untuk mencipta logo secara berkumpulan. Akhir sekali,setelah selesai tugasan yang diberikan, sesi pembentangan logo yang telah dicipta oleh  setiap kumpulan.

 

Gambar Disini