Tarikh

: 15 Mac 2019

Masa

: 4:00 Petang – 6:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 7 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini disertai oleh 7 orang peserta sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar mewarna secara atas talian (Hellokids.com) dan permainan (Jigsaw Puzzle).

 

Aktiviti:

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai (hellokid.com) mewarna secara atas talian dengan lebih mudah. Peserta diberi pilihan untuk mewarna gambar yang diinginkan. Setelah itu, peserta diarahkan untuk menyelesaikan permainan puzzle (jigsaw puzzle).

 

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh

: 14 Mac 2019

Masa

: 3:00  – 5:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren , Sek Men

Bil.peserta

: 8 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta menjawab soalan (quizizz.com) & dan menguji kecekapan menyelesaikan teka silang kata (proprofs.com).

 

Aktiviti:

Petugas memberi  penerangan mengenai cara menjawab soalan di quizizz.com dan cara bermain teka silang kata proprofs.com Aktiviti dimulakan dengan mengarahkan peserta menjawab soalan Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Inggeris. Setelah itu, peserta diarahkan untuk bermain teka silang kata.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 16 Februari 2019

Masa

: 11:00 Pagi – 1:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 9 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini disertai oleh 9 orang peserta sekolah rendah.. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar mewarna secara atas talian serta menguji ketangkasan pelajar bermain Quiz Brain Game(Word Search).

 

Aktiviti:

Petugas memberi penerangan kepada peserta mewarna secara atas talian (online) dengan lebih mudah hanya menggunakan beberapa ‘tools’ yang disediakan dalam aplikasi tersebut untuk menghasilkan gambar yang menarik. Setelah itu, peserta diberi arahan untuk mewarna satu gambar yang telah dipilih oleh petugas untuk disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Seterusnya,sesi menjawab kuiz dalam permainan (proprofs quiz) dimana pelajar diminta untuk menjawab soalan yang dipaparkan di skrin hadapan dengan cepat. Peserta yang banyak menjawab kuiz tersebut dikira pemenang. .permainan ini sangat menguji kepantasan dan kecekapan pelajar.

 

Gambar Disini

 

 


 

 

Tarikh

: 23 Februari 2019

Masa

: 11:00 Pagi – 1:00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Belia & Dewasa

Bil.peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini disertai oleh 3 orang peserta. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara penulisan resume yang betul untuk permohonan pekerjaan yang diinginkan.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan mengenai butiran peribadi yang lengkap (resume) termasuk pengalaman kerja, kemahiran @ bakat, Salinan sijil dan gambar untuk memohon pekerjaan dan kompenan penting yang perlu ada dalam penulisan resume. Seterusnya, petugas memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai jenis-jenisresume beserta contoh termasuklah resume asas, kronologi, fungsian dan sasaran. Akhir sekali, peserta diminta untuk menyiapkan satu resume yang lengkap dalam perisian Microsoft word.

 

Gambar Disini

 

 


 

 

 

Tarikh

: 15 Februari 2019

Masa

: 10:00 Pagi – 12:30 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren , Sek Men

Bil.peserta

: 8 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini disertai oleh 8 orang peserta termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini bertujuan untuk memudahkan pelajar untuk belajar terjemahkan Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa-bahasa asing dengan lebih cepat.

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan oleh petugas mengenai googletranslate.com dan fungsi penggunaannya kepada peserta yang hadir. Setelah itu,peserta diminta untuk menulis satu ayat dalam Bahasa melayu dan diterjemah ke dalam Bahasa inggeris dan lain-lain bahasa. Peserta juga diajar cara untuk mendengar sebutan dengan tepat dan jelas dengan menekan icon speaker yang terletak di bahagian bawah. Sesi seterusnya, setiap peserta diberi tugas untuk menyenaraikan 5 perkataan dalam Bahasa melayu ke dalam Bahasa asing yang yang telah ditetapkan oleh petugas seperti Bahasa Arabic/Japanese/Chinese/German/Latin dan banyak lagi. Setiap perkataan mestilah dibaca dengan sebutan yang betul.

 

Gambar Disini