Tarikh

: 17 Februari 2022

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 4 Orang

Tujuan:

kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Asas Penggiraan dalam Excel, Menjawab kuiz serta Pengenalan Permainan Puzzle Secara atas talian.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan sedikit penerangan daripada petugas mengenai Aplikasi Microsoft Excel. Peserta didedahkan mengenai cara auto tambah dalam pengiraan atau pendedahan mengenai apa itu fungsian ( AutoSum) di Excel. Peserta diajar cara memasukkan nombor di dalam Cell Excel serta cara menggunakan fungsian (Autosum). Aktiviti seterusnya, permainan puzzle(jigsaw planet) serta peserta diberi peluang untuk menjawab kuiz (Matematik ) secara dalam talian Quizizz.com.

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 20 Januari 2022

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 12 Orang

Tujuan:

kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan pengenalan beberapa fungsian dalam Aplikasi Microsoft Powerpoint

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan asas menulis, menukar Warna tulisan dalam Microsoft Powerpoint,peserta juga dapat mempelajari fungsian ‘text effect’ serta menukar ‘format Backgroud’ ,setelah itu,peserta juga diajar cara menggunakan fungsian ‘transitions & Animations’. Setelah itu, peserta dibenarkan menjawab kuiz (Bahasa Melayu dan Matematik )melalui Quizizz.com

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 21 Mei 2021

Masa

: 3:00 Petang – 4:00 Petang

Lokasi

: PIK Kg Limau Kasturi

peserta

: Belia

Bil.peserta

: 2 Orang

 

Tujuan:

Bantuan Zakat bagi melanjutkan pelajaran ke IPT merupakan Program Agihan Wang Zakat (MAIK) kepada asnaf yang layak ke IPT. Permohonan MAIK di buat secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta perlu melayari laman sesawang Https://www.e-maik.my untuk membuat permohanan Bantuan belajar ke IPT. Peserta perlu mengisi semua maklumat diri yang diperlukan dalam borang tersebut bagi memudahkan proses permohonan diterima.

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh

: 13 Januari 2022

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 9 Orang

Tujuan:

Tujuan kelas ini bertujuan melatih semula para peserta mengenali asas dan fungsian di dalam Aplikasi Microsoft Word 2016.

Aktiviti:

Kelas kali ini dihadiri oleh peserta Sekolah Rendah, kelas dimulakan dengan pengenalan fungsian Papan Kekunci atau Keyboard komputer. Seterusnya, peserta diajar cara menggunakan fungsian ‘Shapes’ atau bentuk dalam menghasilkan bentuk yang menarik di penghujung kelas.Peserta juga diajar cara menukar warna tulisan dan juga warna bentuk.

 Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 8 Mei 2021

Masa

: 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 6 Orang

 

Tujuan:

program PINTAR 2021 dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan AADK cawangan Gua Musang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai bahaya dan kesan buruk pengambilan dadah kepada diri seseorang.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan secara atas talian. Program bermula dengan pendaftaran dan taklimat. Program ini disertai oleh 6 orang peserta sekolah rendah. Kemudian, sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh wakil AADK. Seterusnya sesi membaca brochure yang dibekalkan oleh penganjur mengenai jenis-jenis dadah.kemudian disusuri pula dengan kuiz Antidadah. Peserta perlu menjawab kuiz dengan pantas, peserta yang berjaya menjawab kuiz lebih awal dikira pemenang. Akhir sekali, ucapan penutup oleh Wakil Pegawai AADK.

Gambar Disini