Tarikh

: 19 November 2020

Masa

: 11:00 Pagi – 1:00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Wanita

Bil.peserta

: 1 Orang

 

Tujuan:

Sistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim. Hal ini membolehkan peserta mengisi borang secara atas talian.

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan menyuruh peserta membuka link http://eqaryah.jaheaik.gov.my/. Kemudian,Peserta perlu memasukkan data-data penting yang diperlukan bagi melengkapkan borang pernikahan tersebut.

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 23 Oktober 2020

Masa

: 2.30 Petang – 5:30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren & Sek Men

Bil.peserta

: 6 Orang

 

Tujuan:

Kelas yang dijalankan bertujuan untuk mengasah kembali bakat dan kemampuan peserta menyiapkan satu video animasi pendek menggunakan Microsoft Powerpoint dan mengikut imaginasi masing-masing.

Aktiviti:

Kelas kali ini dihadiri oleh Sek Ren dan Sek Men. Aktiviti pertama adalah penerangan awal mengenai Video Animasi menggunakan Microsoft Powerpoint. Kemudian, peserta perlu membuka aplikasi Microsoft Powerpoint. Peserta perlu memasukkan elemen-elemen yang sesuai supaya menjadi satu video animasi pendek yang menarik mengikut tema yang ditetapkan iaitu tema ‘Taman Permainan’. Peserta juga diajar cara memasukkan gambar dan ‘Animation Lines’ yang sesuai untuk gerakan elemen yang dipilih. Selanjutnya, Peserta perlu menyiapkan Video animasi tersebut menggunakan kreativiti masing-masing sehingga selesai satu cerita @ animasi pendek.

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 17 Oktober 2020

Masa

: 3:30 Petang– 4:30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Pelajar IPT

Bil.peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

Bertujuan untuk Memudahkan pelajar membuat permohonan pinjaman PTPTN Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui laman sesawang www.ptptn.gov.my. Diantara Kelayakan permohonan adalah warganegara Malaysia, Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan lain-lain.

Aktiviti:

Syarat permohonan Peserta menerima tawaran IPT dan mempunyai nombor akaun sspn dan lain-lain syarat. Peserta perlu menaip www.ptptn.gov.my disitu terpapar portal rasmi PTPTN. Seterusnya, peserta perlu klik pinjaman kali pertama dan peserta perlu lengkapkan maklumat yang wajib diisi supaya permohonan lulus.

Gambar Disini

 

 


 

Tarikh

: 19 Oktober 2020

Masa

: 2:30 Petang– 3:30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Wanita

Bil.peserta

: 1 Orang

 

Tujuan:

Semakan dan Pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh dibuat melalui  https://bpn.hasil.gov.my. BPN adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pendemik COVID-19.

Aktiviti:

Langkah pertama,Peserta perlu menaip https://bpn.hasil.gov.my/.Seterusnya,Peserta perlu menyemak terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran Baru BPN 2.0. Pemohon boleh membuat pendaftaran dengan memasukkan maklumat maklumat peribadi dan membuat pengesahan.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 13 September 2020

Masa

: 11:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Limau Kasturi

peserta

: Wanita

Bil.peserta

: 1 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini Dihadiri seorang peserta Wanita. Tujuan utama adalah membolehkan peserta mahir menggunakan komputer sekaligus dapat memberi pemahaman kepada peserta mengenai penulisan surat kiriman rasmi dengan tepat dengan hanya menggunakan aplikasi Microsoft Word.

Aktiviti:

Kelas kali ini dimulakan dengan menyuruh peserta membuka aplikasi Microsoft Word 2016. Petugas juga mengajar cara penyusunan ayat atau tulisan yang betul semasa menaip. Selain itu, peserta juga diajar cara menukar (caps Lock) serta cara memasukkan gambar.

Gambar Disini