Tarikh

: 21 Julai 2022

Masa

: 3:00 Petang - 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Rendah

Bil.peserta

: 6 Orang

 

Tujuan:

Kelas diadakan bertujuan memberi latihan asas menaip surat rasmi beserta contoh dengan menggunakan Aplikasi Microsoft Word.

Aktiviti:

Kelas bermula dengan penerangan mengenai format surat kiriman rasmi. Peserta diminta untuk mencari satu contoh surat rasmi di carian Google kemudian menyalin semula menggunakan Aplikasi Microsoft Word. Aktiviti seterusnya, permainan dalam talian - Jigsaw Puzzle.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 17 Julai 2022

Masa

3:30 Petang – 5:30 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Wanita

Bil.peserta

: 1 Orang

 

Tujuan:

kelas bertujuan untuk membantu usahawan untuk merekod dan mengedit hasil jualan menggunakan Aplikasi Microsoft Word.

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan membenarkan peserta membuka aplikasi Microsoft Word. Setelah itu, peserta diajar cara untuk masukkan serta mengedit gambar produk ke dalam table, peserta juga diajar cara menggunakan fungsian Wrap text dan banyak lagi.setelah selesai, Peserta diajar cara untuk simpan hasil kerja yang dibuat dengan menukarkan format Microsoft Word kepada format PDF.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 17 Jun 2022

Masa

10:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 18 Orang

 

Tujuan:

kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi berkaitan dengan pengenalan perkakasan komputer dan lebih memfokuskan kepada fungsi papan kekunci (Keyboard) serta melatih peserta menaip menggunakan Aplikasi Microsoft Word.

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan penerangan oleh petugas mengenai fungsi tombol papan kekunci kepada peserta. Kemudian, Peserta diajar cara untuk menaip satu ringkasan cerita berdasarkan Article yang dibekalkan oleh petugas dengan menggunakan Aplikasi Microsoft Word. Setelah selesai, peserta dibenarkan untuk menjawab kuiz dalam talian (https://kahoot.it/)

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 7 Julai 2022

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Rendah

Bil.peserta

: 9 Orang

 

Tujuan:

Kelas dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara mudah untuk tukarkan video(mp4) kepada audio (mp3) secara dalam talian.

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan mengenai cara untuk tukarkan video kepada audio mp3. Peserta diminta untuk mencari musik video yang disukai melalui saluran youtube. Setelah itu, peserta diajar cara untuk ‘copy link’ dan ‘paste’ video yang dipilih ke ‘Youtube Converter’ https://ytmp3.plus/23-youtube-to-mp4/. Selepas itu, peserta diberi peluang untuk menjawab kuiz(jawi) secara dalam talian melalui Quizizz.com.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 16 Jun 2022

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren & Lain-Lain

Bil.peserta

: 17 Orang

 

Tujuan:

Kelas dijalankan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara untuk mengedit gambar passport secara dalam talian dengan mudah dan cepat.

Aktiviti:

Kelas disertai dengan 17 orang peserta sekolah rendah. Kelas bermula meminta peserta untuk berswafoto menggunakan komputer bagi mendapatkan gambar yang sesuai untuk dijadikan gambar ukuran passport. Setelah itu, gambar passport diedit secara dalam talian melalui laman sesawang https://www.remove.bg/. Setelah itu, peserta dibenarkan untuk menjawab kuiz Bahasa melayu & teka teki (Quizizz.com).

Gambar Disini