Tarikh

: 16 Februari 2023

Masa

:3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 3 Orang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan:

Tujuan kelas ini dibuat adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara penggunaan google translate serta menjawab kuiz secara dalam talian.

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan cara menggunakan Google Translate. Peserta diminta untuk menaip dan diterjemahkan dalam Bahasa lain. Setelah itu, peserta diminta untuk menjawab kuiz simpulan Bahasa dan teki-teki secara dalam talian https://kahoot.it/

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 9 Februari 2023

Masa

:3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren & Men

Bil.peserta

: 11 Orang

 

 

 

  

 

 

 

 

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkakasan atau komponen komputer serta fungsinya.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan mengenai perkakasan komputer secara offline. Kemudian, peserta juga didedahkan mengenai perkakasan komputer secara dalam talian melalui https://www.abcya.com/games/find_the_tech. Setelah selesai, peserta diberi pendedahan mengenai asas menaip menggunakan Aplikasi Microsoft Word serta penggunakan fungsi papan kekunci dengan baik.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 8 Januari 2023

Masa

:10:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Wanita

Bil.peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengena Asas Perisian Microsoft Excel kepada peserta.

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan membenarkan peserta untuk membuka perisian Microsoft Excel.Kemudian, Peserta  diajar cara ubah kedudukan tulisan dalam jadual.Kemudian peserta juga diajar menggunakan fungsian Border,Merge & Center, Wrap Text,number, penggunakan formula autoSum dan lain-lain secara teliti. Setelah itu,peserta diberi tugasan yang telah disediakan oleh petugas. Setelah selesai, peserta juga diajar serba sedikit mengenai cara buat gambar passport menggunakan Microsoft Word sebagai aktiviti sampingan.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 20 Januari  2023

Masa

:3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Sek Ren

Bil.peserta

: 5 Orang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti peserta membuat poster yang mudah secara dalam talian.

 

Aktiviti:

Kelas kali ini disertai oleh 5 orang peserta sekolah rendah, peserta diberi sedikit pencerahan dengan lebih ringkas mengenai poster yang akan dicipta atau diedit https://www.postermywall.com/. Kemudian,Peserta diberi tempoh untuk siapkan poster yang bertemakan ‘Tahun Baru Cina,. Setelah selesai, peserta diberi peluang untuk bermainan puzzle secara dalam talian https://www.jigsawplanet.com/.

Gambar Disini

 


Tarikh

: 5 Januari 2023

Masa

:10:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

peserta

: Wanita

Bil.peserta

: 2 Orang

 

Tujuan:

kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai penggunaan Microsoft Word.

Tujuan:

Kelas dimulakan dengan meminta peserta untuk membuka aplikasi Microsoft Word terlebih dahulu. Kemudian, peserta didedahkan dengan fungsi penggunakan Tabs, Font dan Paragraph dengan lebih teliti kepada peserta. Setelah itu peserta diberi ujian menaip berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh petugas dengan menggunakan komponen-komponen yang telah diajar. Disamping itu, peserta juga diminta untuk menaip surat rasmi dengan format yang betul.

Gambar Disini