Tarikh

: 11 Julai 2024

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

: NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sekolah Rendah

Bil. Peserta

: 6 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai teknologi terjemahan dan memudahkan mereka belajar Bahasa asing.

 

Aktiviti:

Peserta diminta oleh petugas untuk menterjemahkan perkataan yang telah disediakan oleh petugas kedalam 2 bahasa asing. Setelah selesai, peserta diminta untuk menyebut perkataan yang diterjemahkan dengan betul. Seterusnya, peserta diminta untuk menjawab kuiz Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam secara dalam talian iaitu melalui https://quizizz.com/.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 14 Jun 2024

Masa

: 3:00 Petang – 5:00 Petang

Lokasi

:NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sek Rendah

Bil. Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan:

Kelas STEM yang dijalankan kali ini bertujuan untuk membantu peserta memahami konsep Dimana berlaku perubahan suhu sejuk beku melalui proses pembuatan aiskrim goncang atau aiskrim Malaysia dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

 

Aktiviti:

Kelas kali ini dihadiri oleh tujuh orang peserta sekolah rendah. Aktiviti pertama, aktiviti STEM iaitu pembuatan aiskrim goncang, bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah air berkabonet, garam, bekas dan juga plastik aiskrim yang telah disediakan oleh petugas. Aktiviti ini dijalankan secara berpasukan. Peserta diminta untuk mengikuti segala arahan yang diberikan oleh petugas sehingga projek ini dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti seterusanya adalah pertandingan menaip Pantas melalui laman sesawang https://www.typerush.com/.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 6 Jun 2024

Masa

: 2:30 Petang - 4:30 Petang

Lokasi

:NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sek Rendah

Bil. Peserta

: 4 Orang

 

Tujuan:

Kelas kali ini bertujuan Membantu pelajar mengulang kaji dan mengingat konsep dengan lebih baik melalui kuiz Blooket. Ia merupakan satu platform dalam talian yang lebih menyeronokkan.Selain kuiz peserta juga didedahkan dengan permainan jigsaw puzzle Dimana aktiviti ini dapat meningkatkan kecepatan, kreativiti dan imaginasi peserta.

 

Aktiviti:

Kelas kali ini dihadiri oleh empat orang peserta sekolah rendah. Aktiviti pertama, peserta diminta untuk menjawab kuiz secara dalam talian melalui Blooket Peserta disajikan dengan kuiz matematik dan juga Bahasa Melayu. Aktiviti seterusnya adalah permainan Jigsaw Puzzle. Peserta diminta untuk siapkan satu puzzle yang telah dipilih oleh petugas. Peserta pertama yang dapat menyiapkan tugasan akan diberikan hadiah.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 13 Jun 2024

Masa

: 3:00 Petang - 5:00 Petang

Lokasi

:NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sek Rendah

Bil. Peserta

: 11 Orang

 

Tujuan:

Kelas kali ini memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk membuat poster bertemakan sambutan hari raya aidiladha menggunakan laman web canva serta pendedahan kuiz dalam talian melalui Blooket.

 

Aktiviti:

Untuk permulaan, peserta diberi tugasan dan pendedahan awal mengenai aktiviti yang akan dijalankan, peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mengedit poster melalui laman Web canva. Peserta diajarkan menggunakan setiap elemen yang boleh digunakan dalam penghasilan poster, poster yang dicipta untuk kali ini bertemakan sambutan hari raya aidiladha. Aktiviti seterusnya, peserta diminta oleh petugas untuk menjawab kuiz Pendidikan islam dan Bahasa melayu melalui https://www.blooket.com/.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 17 Mei 2024

Masa

: 3:00 Petang – 4:00 Petang

Lokasi

: NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Wanita

Bil. Peserta

: 2 Orang

 

Tujuan:

kelas dijalankan bertujuan membantu usahawan dalam pendaftaran perbankan dalam talian.

 

Aktiviti:

Sebelum kelas dimulakan, peserta diminta untuk menyediakan telefon bimbit, kad debit serta kad pengenalan bagi memudahakan urusan pendaftaran dibuat. Peserta diminta untuk melayari portal atau laman sesawang https://www.irakyat.com.my/. Setelah itu, peserta diajar secara langsung sehingga proses pendaftaran online banking serta aplikasi ( I rakyat) selesai.

Gambar Disini