Tarikh

: 16 Mei 2024

Masa

: 3:00 Petang - 5:00 Petang

Lokasi

: NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sek Rendah & Men

Bil. Peserta

: 6 Orang

 

Tujuan:

kelas STEM Marble Rollercoaster adalah projek pendidikan yang bertujuan meningkatkan Kemahiran kerja berpasukan, dapat membina dan merancang struktur rollercoaster serta mengembangkan reka bentuk yang cekap dan stabil.

 

Aktiviti:

Bagi aktiviti kali ini Kelas dimulakan dengan pengenalan projek STEM yang akan dilasanakan iaitu (Marble Rollercoaster). Peserta diminta untuk membina dan mereka cipta struktur rollercoaster. Petugas telah menyediakan bahan- bahan untuk melakukan aktiviti berkenaan termasukkan kertas, guli, pensel, pembaris dan Sellotape. Peserta diminta untuk menyiapkan projek berkenaan sehingga selesai. Aktiviti selanjutnya adalah aktiviti menjawab kuiz Pendidikan Isam dan Sejarah secara dalam talian melalui https://www.blooket.com/.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 8 Mei 2024

Masa

: 10:30 Pagi – 12:30 Tengahari

Lokasi

: NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Wanita

Bil. Peserta

: 9 Orang

 

Tujuan:

kelas dijalankan bertujuan membantu ibubapa untuk membuat Pendaftaran dan permohonan murid tahun satu sesi 2025 melalui sistem IDME KPM.

 

Aktiviti:

Untuk permulaan aktiviti kali ini,peserta diminta untuk ke laman sesawang https://idme.moe.gov.my/login bagi pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2025. Peserta diajar cara untuk lengkapkan semua maklumat yang diperlukan sehingga selesai.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 22 Mac 2024

Masa

: 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: NaDi Kg Limau Kasturi

Peserta

: Lepasan SPM

Bil. Peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta lepasan SPM bagi meningkatkan Kemahiran mereka dalam penyediaan kertas kerja dan lain-lain disamping dapat digunakpakai ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan meminta peserta membuka perisian Microsoft Word .Kemudian, Peserta   diajar mengenai Navigasi Menu dan Toolbar Dimana peserta diajar cara buka dokumen baru,cara simpan dokumen dan cara mengakses alat-alat. Peserta juga diajar cara ubah jenis tulisan,saiz,warna huruf dan lain-lain. Peserta diajar cara untuk simpan,cetak dan tukarkan dokumen word ke PDF. Aktiviti selanjutnya, Peserta didedahkan juga dengan penggunaan (Chatgpt) melalui https://chat.openai.com/.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 4 April 2024

Masa

: 2:30 Petang – 4:30 Petang

Lokasi

: NADI Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sek Rendah

Bil. Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam penghasilan sampul raya menggunakan Microsoft Word dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Petugas meminta peserta untuk membuka perisian Microsoft Word . Peserta diberi tunjuk ajar cara menghasilkan Sampul raya dengan memasukkan elemen bentuk,warna, tulisan dan juga cara masukkan gambar dan mesti mengikuti tema yang dibenarkan iaitu bertemakan  “Suasana Hari Raya”. Setelah selesai Peserta diajar cara untuk simpan hasil kerja yang dibuat. Aktiviti selanjutnya adalah aktiviti menjawab kuiz Pendidikan Islam secara dalam talian melalui Quizizz.com.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 16 Mac 2024

Masa

: 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Lokasi

: PEDi Kg Limau Kasturi

Peserta

: Sek Rendah

Bil. Peserta

: 3 Orang

 

Tujuan:

Tujuan utama kelas ini dijalankan adalah bertujuan membantu peserta mencipta Imej dalam mengaplikasikan konsep atau perkataan dengan lebih baik melalui visualisasi yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).

 

Aktiviti:

Kelas disertai oleh 3 orang peserta. etugas memberi pencerahan terlebih dahulu mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan. Kelas dimulakan dengan meminta peserta melayari laman sesawang https://www.bing.com/images/create. Petugas memberi tunjuk ajar mengenai cara cara untuk menghasilkan imej yang kreatif berdasarkan perkataan dikemukakan. Setelah itu peserta diminta untuk menghasilkan sendiri imej yang digambarkan menggunakan kreativiti dan imaginasi masing-masing. Aktiviti seterusnya peserta diminta untuk menyelesaikan permainan digi puzzle dan juga ghost typing.

Gambar Disini