KEM KASTURI

 

 

 

 

 

 

Kem Kasturi pada asalnya adalah bangunan sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1. Kem Kasturi mula beroperasi pada tahun 2008 dan masih giat menjalankan aktiviti sehingga ke hari ini. Lokasi kem kasturi yang strategik iaitu bersebelahan dengan sungai galas dan stesen kereta api telah berjaya menarik pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti seperti perkhemahan, kem motivasi, dan sebagainya. Selain itu, kedudukan kem dalam kawasan kampung turut menjadi daya tarikan, dimana ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada para peserta terutamanya pelajar merasai dan melihat sendiri kehidupan masyarakat kampung. Kem Kasturi juga dilengkapi dengan kemudahan yang baik. Antara kemudahan yang terdapat di kem ini adalah flying fox, repeilling, dewan serba guna, tapak perkhemahan, asrama, dewan makan dan banyak lagi.