Nama

: NUR FARAHANIM BINTI KHAIRI

Umur

: 14 TAHUN

Ahli

: JUN 2018

Latar belakang

Merupakan anak ke enam dari 7 beradik ini mula mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Limau kasturi sejak pusat ini mula beroperasi. Beliau merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap B. Beliau menetap di Kg Limau Kasturi.Beliau juga merupakan kakak kepada calon @ peserta celik IT yang lepas.Hal ini menunjukkan bahawa beliau sekeluarga sangat aktif berkunjung dan menyertai kelas yang diadakan di pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mahir atau tiada kebolehan dalam menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Office, Paint dan banyak lagi. Penguasaan beliau dalam penggunaan komputer sebelum ini sangat lemah dan perlu dorongan keluarga dan rakan –rakan lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula mengikuti kelas dan terlibat dalam program yang diadakan di Pusat Internet, pengetahuan dan penguasaan beliau berkenaan teknologi maklumat semakin bertambah hari demi hari. Beliau kini sudah mempunyai akaun facebook dan instragram. Selain tu,beliau juga mahir dalam menggunakan aplikasi seperti Paint 3D,Microsoft Office (Word dan Powerpoint ) dan Adobe Photoshops. Selain itu, beliau juga sudah mula mahir melayari internet secara berhemah malah penguasaan pembelajaran secara atas talian(E-Pembelajaran) juga semakin baik.