Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati di Klinik Desa Limau Kasturi. Antara perkhidmatan dan rawatan yang disediakan adalah perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah kampung memudahkan penduduk kampung mendapatkan khidmat kesihatan di sana. Seramai 3 orang petugas telah ditempatkan di klinik ini. Waktu beroperasi adalah pada hari ahad hingga khamis, bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. 

Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan yang agak serius pada hari bekerja, mereka juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Jeram Tekoh (9.8km) dan Klinik Kesihatan Bandar Gua Musang (32.5km). Selain itu, penduduk boleh mendapatkan rawatan pada hari cuti di Hospital Besar Gua Musang yang jaraknya lebih kurang 35km.